Posted by : admin Friday 19 July 2013


Wow! Dalam diam tak diam, tinggal lagi 6 hari sebelum kita bertemu di MyMisr'13 : HERE! Baiklah, mari kita kenali serba sedikit mengenai universiti-universiti di Mesir. Orang cakap, tak kenal maka tak cinta bukan? 

Secara umumnya, terdapat 8  universiti yang sering menjadi pilihan dalam kalangan pelajar Malaysia untuk menyambung pelajaran di Mesir ini. 

Universiti Kaherah menawarkan kos perubatan dan pergigian. Namun begitu, kebiasaannya, hanya kos Perubatan menjadi pilihan bagi mereka yang menjadikan universiti ini sebagai pilihan mereka. 

Selain itu, Universiti Ain Shams atau juga dikenali sebagai ASU merupakan pilihan yang lain bagi mereka yang ingin menyambung pelajaran dalam bidang Perubatan di sini. 

Sedikit kelainan di Universiti Al Azhar berbanding dua universiti di atas, pilihan kos yang ditawarkan ialah perubatan, farmasi dan juga pergigian. Malahan, universiti ini turut mengasingkan universiti bagi mahasiswa dan mahasiswi, Bukan itu sahaja,bagi universiti untuk mahasiswa, terdapat 10 cawangan  di seluruh  Mesir. 10 cawangan ini terletak di Kaherah, Mansurah, Damanhur, Zagazig, Tanta, Dumyat, Shibin el-Kom, Itai el-Baru dan juga Tahfana. Namun begitu, hanya cawangan di Kaherah yang menawarkan kos perubatan,farmasi dan pergigian manakala cawangan lain menawarkan kos Dirasat. Berbeza dengan universiti untuk mahasiswi, hanya terdapat 3 cawangan yang terletak di Kaherah, Mansurah dan Iskandariah. Sama seperti mahasiswa, hanya cawangan Kaherah menawarkan kos perubatan, pergigian dan farmasi. Kesemua universiti yang dinyatakan terletak dalam muhafazah Kaherah. 

Seterusnya, Universiti Alexandria yang berada dalam muhafazah Iskandariah. Menawarkan kos perubatan dan juga pergigian, universiti ini turut terkenal dalam senarai pilihan pelajar Malaysia. 

Universiti Mansoura merupakan universiti yang terletak di muhafazah Mansurah. Terkenal kerana menawarkan dua jenis sistem pembelajaran iaitu Conventional dan Twinning Program With Manchester, universiti ini ternyata termasuk dalam senarai pilihan terkemuka. Pilihan kursus yang ditawarkan di universiti ini ialah perubatan,pergigian dan juga farmasi.

Universiti Tanta yang turut menawarkan kursus perubatan dan juga pergigian, sering kali juga menjadi pilihan pelajar untuk menyambung pelajaran. Terletak di muhafazah Tanta. 

Seterusnya, Universiti Zagazig. Menawarkan kos perubatan,dan juga farmasi. Terletak di muhafazah Zagazig. Mempunyai dua pilihan kursus ternyata menjadikan Universiti Zagazig tidak lagi asing dalam kalangan pelajar Malaysia. 

Universiti Assiut. Terletak di muhafazah Assiut. Menawarkan kos pergigian buat masa sekarang memandangkan penempatan pelajar Malaysia di universiti ini baru sahaja dilakukan pada sesi pembelanjaran 2012/2013. 

Ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai universiti - universiti ini? 

Temui kami di MyMisr'13 : HERE ! Daftar sekarang ! 

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

- Copyright © MyMisr'13:HERE - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -