Posted by : admin Wednesday 10 July 2013


Bismillahirahmannirahim.

Assalamualaikum adik adik semua :)

Pertama sekali, kami ingin mengucapkan seribu tahniah kepada kalian semua kerana dipilih oleh Allah untuk menyambung pelajaran di bumi Anbiya yang penuh dengan barakah ini. In sya Allah ini adalah yang terbaik untuk kalian semua :)

Ok adik adik, memandangkan Mesir bakal menjadi rumah kedua kalian semua, maka, tidak kenalah untuk kita semua tidak mengenali bagaimana bumi Mesir ini sebenarnya bukan? Orang cakap, tak kenal maka tak cinta. Oleh itu, untuk kali ini, in sha Allah kita akan mendalami sedikit sebanyak mengenai geografi Mesir itu sendiri.

Sebelum itu, mari kita melihat di manakah rumah kedua kita ini berada di dalam peta dunia.

   

Seperti peta di atas, Mesir dikelilingi oleh negara negara Arab lain dan Mesir sendiri terletak di Benua Afrika. Keluasan negeri ini dianggarkan seluas 1,002,00 kilo meter persegi. Walaupun mempunyai keluasan yang boleh dikira begitu besar, hanya 4 % daripada jumlah keseluruhan merupakan tanah delta yang amat sesuai untuk tanaman. Manakala yang selebihnya merupakan bukit bakau dan padang pasir. 

Secara amnya, Mesir terbahagi kepada 27 muhafazah (wilayah). Dianggarkan bahawa pada masa sekarang, penduduk Mesir adalah seramai 84.5 juta orang. Namun begitu, seramai 18 juta orang bertumpu di muhafazah Kaherah yang juga merupakan ibu negara bagi Mesir. 

Suhu di Mesir boleh dikatakan berada dalam lingkungan 7 - 45 darjah celcius, Terdapat empat musim di negara ini, yang terdiri daripada :

Musim sejuk = November - Mac
Musim bunga = Mac - Jun

Musim panas = Jun - September
Musim luruh = September  - November

Agama Islam merupakan agama rasmi bagi negara Mesir. Walaupun begitu, agama lain masih lagi bebas untuk diamalkan. Dan bahasa Arab merupakan bahasa rasmi dan bahasa Inggeris dan bahasa Perancis merupakan bahasa kedua. Oleh sebab itu, dalam perbualan seharian dan juga dalam pelajaran di universiti sendiri, kita akan dapat melihat sedikit sebanyak pengaruh bahasa ini digunakan.

Penggunaan mata wang yang digunakan ialah LE atau juga dikenali sebagai EGP. Secara kasar, perbelanjaan bulanan bagi pelajar di Mesir adalah sebanyak 200 USD.

Mengenai sara hidup di Mesir, kos, makanan macam mana, apa yang perlu dibawa, dan perkara perkara lain, jangan risau, kita akan berjumpa di post yang lain. :)

Till then, semoga berjumpa lagi! 

Wasallam...


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

- Copyright © MyMisr'13:HERE - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -