Archive for June 2013

Registration

Pendaftaran untuk MyMisr'13:HERE telah dibuka!

Jom daftar segera!

Klik gambar di bawah:





Perhatian:



Berkenaan dengan pendaftaran, insyaAllah pendaftaran untuk MyMisr'13:HERE akan DITUTUP pada:

Hari Selasa, 23 Julai 2013
Jam: tepat 12.00 Tengah Malam


Mari daftar segera! Jangan lepaskan peluang keemasan ini!


Update (24/7/2013):

Pendaftaran kini ditutup :)
Saturday 29 June 2013
Posted by admin

Tentative


Assalamualaikum adik-adik!

Ini adalah tentatif untuk program pre-departure kita yang bakal berlangsung sepanjang 26-28 Julai 2013. Doakan semuanya berjalan dengan lancar ya. Jumpa di sana!

TENTATIF:

26 JULAI 2013
3.00 pm : Ketibaan Peserta, Taklimat
4.30pm : Solat Asar, Taaruf, Ice Breaking, Senior to Junior I
6.30pm : Buka puasa, Solat Maghrib
8.30 pm : Solat Isya’ & Taraweh
10.00 pm : Slot 1
11.30 pm : Tidur

27 JULAI 2013
4.30 am : Qiamullail
5.00 am : Sahur
5.45 am : Subuh, Ma’thurat, Tazkirah
7.30 am : Kendiri
8.30 am : Stretch! dan Tayangan video
9.15 am : Slot 2
11.15 am : Bengkel
12.00 pm : Qailulah
1.30 pm : Solat Zohor
2.30pm : Slot 3
4.30 pm : Solat Asar, Games, Kendiri
6.30 pm : Buka puasa, Solat Maghrib
8.30 pm : Solat Isya’ & Taraweh
10.00 pm : Slot 4
12.30 am : Tidur

28 JULAI 2013
4.30 am : Qiamullail
5.00 am : Sahur
5.45 am : Subuh, Ma’thurat, Tazkirah
7.30 am : Kendiri
8.30 am : Stretch!
9.00 am : Slot 5
11.00 am : Senior to Junior II
11.45 am : Majlis penutup
12.45 pm : Bersurai

*Sebarang perubahan akan diupdate dari semasa ke semasa


Friday 28 June 2013
Posted by admin

Venue



Bismillahirahmanirahim. 

Berikut merupakan lokasi akan berlangsungnya program MyMisr'13 : HERE ini:

             SMI Al- Amin, Bangi 

Dengan ini, pihak urus setia sertakan sekali peta lokasi untuk memudahkan urusan adik adik sekalian. Jadi, jangan risau :) 




Untuk memudahkan lagi urusan adik adik dan mungkin boleh menjawab soalan yang berlegar legar, bagaimana untuk akses dengan mudah ke SMI Al - Amin ini, dengan ini disertakan sekali panduan ke lokasi program melalui beberapa pilihan :

1) KTM UKM
2) Stesen bas Kajang Sentral 

* Melalui KTM UKM, para peserta boleh berjalan kaki untuk sampai ke SMI Al - Amin 

*Melalui Kajang Sentral, pihak urus setia akan menguruskan pengangkutan dari Kajanh Sentral ke SMI Al - Amin 

*Alternatif lain untuk ke Kajang sentral adalah menggunakan bas straight dari Pasar Seni - Kajang Sentral ( RapidKL U40 )
Jumpa anda di sana pada 26 - 28 Julai ini! 

Sebarang persoalan boleh kemukan kepada kami melalui ruangan komen di bawah, ataupun melalui email rasmi kami, mymisr13@gmail.com 

#Infomesir: Senarai presiden Mesir (1953-kini)

Muhammad Naguib 1953-1954
Gamal Abdel Nasser 1954-1970
Anwar Sadat (terbunuh) 1970-1981
Hosni Mubarak 1981-2012
Mohamed Morsi Isa El-Ayyat 30 Jun 2012-kini

Adik-adik boleh lihat nama mereka di stesen Metro yang beroperasi di Kaherah :)
Thursday 27 June 2013
Posted by admin

Contact Us





Sebarang pertanyaan, adik-adik boleh terus kemukakan kepada:

Ikhwah: 
Akh  Marwan  ( PERUBATAN ) = +201129539595, +60129550786
 
Akh Aiman ( DIRASAT) = +201158601753, +60132742926

 
Akhawat: 

Ukht Hajar Nawawi (PERUBATAN) = +60139607102

Ukht Aliya Adzlan (DIRASAT) = +60127827714


Email: mymisr13@gmail.com


atau


melalui comment box pada post-post kami.

Kami akan cuba membantu!


#Infomesir: Penanaman padi juga adalah salah satu daripada sektor pekerjaan utama di sini. Dan, beras Mesir lebih berkanji daripada beras Malaysia! Teksturnya umpama beras China, bulat dan pendek.
Posted by admin

About

"Ala nak bawak apa je pergi Mesir ni...?"

"Eh, orang mesir ada jual serai tak? Tak kanlah tak makan padprik kot. 
Menangislah macam ni."

"Study kat sana exam guna sistem 4 flat ke?"

"Berapa lama baru boleh pandai cakap arab?"

"Kat sana tinggal di asrama ke rumah sewa? Makan macam mana pula? 
Kena beli ke tiap-tiap hari?"

..............................................................................................................

Haa..mesti soalan-soalan yang macam ni antara yang timbul dalam benak fikiran antum sebelum fly kan? Jangan risau! Kami sedia datang membantu! Jom datang program MyMisr!

Segala persoalan anda akan terjawab kerana kami menyediakan fasi-fasi yang berpengalaman tentang keadaan hidup di bumi Anbiya' ini dan bersedia untuk menjawab segala pertanyaan, dan juga berkongsi pengalaman dengan anda. Nak sambung study luar negara ni bukan senang, mujahadah kena tinggi. Maka, persiapan perlu RAPI, persediaan kena TINGGI, semangat kena INFINITI! Sebab itu adik-adik perlu ke program ini.

APA ITU MYMISR?

MyMisr adalah sebuah program pra-penerbangan khas untuk pelajar yang bakal menyambung pengajian ke bumi Mesir. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini bakal mengupas tentang pelbagai isu, dari pembentukan peribadi pelajar cemerlang, persiapan rohani dan jasmani untuk melangkah ke alam baru, sehinggalah ke isu umat khusunya Timur Tengah sebagai bekalan sepanjang perjalanan kehidupan di bumi rantauan. Di samping itu, pelbagai aktiviti dan permainan menarik akan dijalankan, dan lebih istimewa, MyMisr turut memperuntukkan sesi "From Senior to Junior" untuk membuka ruang kepada adik-adik menyedut secara live berkaitan dengan cara kehidupan dan pengalaman berada di Mesir.

Jadi tunggu apa lagi? Mari daftar segera. Ajak kawan-kawan dan sahabat handai yang anda kenali untuk turut serta, insyaAllah lagi berkat~

Jumpa di sana, adik-adik!

#InfoMesir: kalau org arab, dia cakap "meshi?" (ok ke?), kita kena jawab "kuwaiyis!" (baik!)
Posted by admin
Tag :

Teaser: HERE!

[Teaser Pre-Departure Mesir]

Bakal melanjutkan pelajaran ke Mesir namun buntu apa yang perlu dilakukan? Macam mana nak beli barang di sana? Kene pergi universiti naik unta ke? Nak bawa baju apa? Apa makanan yang ada?

Dan macam-macam lagi persoalan yang ada.

Jangan risau, kami sedia membantu!

....................................

Mempersembahkan,
Sebuah program pra-penerbangan ke Mesir, Bumi Anbiya.

Terbuka bagi semua pelajar Medik dan Dirasat yang bakal melanjutkan pelajaran di bumi barakah ini.

Dibawa khas dari Kelab IKRAM Mesir
26-28 Julai 2013

Akan datang.
Save the date!




Klik link di bawah untuk sebarang update:
https://www.facebook.com/IKRAMMesir?fref=ts
Wednesday 26 June 2013
Posted by admin
Tag :

Intro

Webpage sedang dikemaskinikan. Sila follow up untuk updates seterusnyaa!
Saturday 22 June 2013
Posted by admin

Profil IKRAM Mesir



Pengenalan 

IKRAM Mesir adalah sebuah institusi mahasiswa Malaysia di Mesir yang ditubuhkan atas kesedaran mengarus perdanakan dakwah dan tarbiah dalam kalangan pelajar Malaysia di Mesir. Puluhan tahun telah kian berlalu, pelajar-pelajar Malaysia di Mesir yang terkesan dengan dakwah dan tarbiah ini di bumi Mesir kini menjadi tokoh masyarakat dan terus menggerakkan dakwah dan tarbiah di Malaysia. Pada 28 April 2012, barulah IKRAM Mesir didaftarkan secara rasmi di bawah Education Malaysia Egypt (EME), Kedutaan Besar Malaysia di Mesir.


IKRAM Mesir begerak atas tiga paksi utama :
1 ) Paksi tarbiah dan pembangunan sahsiah
2 ) Paksi Dakwah 
3 ) Paksi kebajikan, kepedulian ummah dan kecemerlangan akademik


IKRAM Mesir berhasrat membentuk individu muslim yang seimbang dan cemerlang dari semua aspek dengan menjadikan aktiviti tarbiah sebagai teras utama gerakannya dan menjadikan dakwah kepada Islam sebagai medium untuk mencapai objektifnya. Ikram Mesir juga ingin membantu mewujudkan hubungan harmoni dan baik sesama warga pelajar Malaysia di Mesir dengan menjadikan Islam sebagai asas kepada perhubungan ini


Moto IKRAM Mesir 
“ Ukhuwwah Teras Kegemilangan “


Visi IKRAM Mesir
Melahirkan individu muslim yang beriltizam dengan Islam.   


Objektif IKRAM Mesir
1. Meningkatkan kecemerlangan ahli di sudut akademik, kebajikan dan sahsiah
2. Mempertingkatkan kefahaman Islam, ilmu syariah  dan profesionalisme di kalangan ahli 
3. Mewujudkan  hubungan dan kerjasama yang baik dengan semua pihak termasuk Kerajaan Mesir, Kedutaan Besar Malaysia, persatuan pelajar lain dan seluruh pelajar Malaysia dan pelajar antarabangsa di Mesir 
4. Menjaga imej negara Malaysia dan memperkenalkannya di peringkat antarabangsa


Aktiviti Yang Dijalankan
1. Aktiviti dakwah dan tarbiah

2. Aktiviti kecemerlangan akademik

3. Aktiviti Kebajikan , kepedulian ummah dan rekreasi





4. Perkongsian ilmu dan pengalaman melaui saluran media

5. Pembangunan remaja



IKRAM Mesir mengajak seluruh warga Malaysia di bumi Mesir bersama- sama berkongsi dan berkerjasama membangunkan aspek pembangunan sahsiah dan kesedaran dakwah serta kecemerlangan akademik warga Malaysia, khasnya pelajar- pelajar melalui berbagai program dan aktiviti yang dijalankan.

Mari sertai kami!

Tuesday 18 June 2013
Posted by admin

Popular Post

- Copyright © MyMisr'13:HERE - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -