Posted by : admin Tuesday 23 July 2013

Assalamualaikum adik-adik!

Untuk mereka yang hendak ke Mesir, pasti anda pernah terdengar perkataan G2G dan MOU sama ada semasa dalam proses pemilihan universiti mahupun daripada mulut senior-senior yang pernah belajar di sini. Apa itu G2G dan MOU? Dan apa kaitannya dengan sistem pembelajaran universiti di Mesir? Mari kita lihat dalam penerangan di bawah.




Program pengajian di Mesir (untuk kuliah perubatan, pergigian dan farmasi) terbahagi kepada dua (2) iaitu;


i) Memorandum of Understanding (MOU)
Sistem yang mula diperkenalkan pada tahun 2006 hasil perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan Universiti di Mesir. Melalui perjanjian ini, pelajar-pelajar Malaysia diberi keistimewaan khas untuk ditempatkan dalam satu kelas yang sama dan bahasa pengantaraan kuliah adalah bahasa Inggeris.


ii) Government to Government (G2G)
Program yang telah termetrai antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Mesir. Sistem ini adalah sistem pembelajaran yang digunakan oleh pelajar-pelajar Mesir sendiri.


Kedua-dua sistem ini ditawarkan di kebanyakkan universiti di Mesir. Namun demikian, kedua-dua sistem ini terdapat banyak perbezaan daripada segi yuran dan pengurusan.




1) Yuran
Yuran pengajian perubatan dalam kelas MoU adalah lebih mahal daripada kelas G2G dengan jumlah USD 48,000 (RM 152,000) untuk keseluruhan 6 tahun pengajian. Mengikut Pekeliling Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Mesir, setiap tahun yuran pengajian adalah sebanyak USD 8,000.00 bagi program MOU, walau bagaimanapun universiti diberi penghakupayaan bagi menentukan harga yuran masing-masing khususnya di Tahun 1.



a) Yuran Program MOU
i) Perubatan
Program
Universiti
Tahun 1
Tahun 2-6


USD
RM
USD
RM


MOU
Azhar
2,000.00
6,403.00
8,000.00
25,614.00/ tahun
Zaqaziq
2,000.00
6,403.00
8,000.00
25,614.00/ tahun
Mansurah
2,000.00
6,403.00
9,200.00
29,456.00/ tahun
Tanta
2,000.00
6,403.00
9,200.00
29,456.00/ tahun

Tahun 1-6
Kaherah
8,000.00
25,614.00/ tahun
Ain Syams
8,000.00
25,614.00/ tahun
Alexandaria
8,000.00
25,614.00/ tahun

ii) Pergigian
Program
Universiti
Pre-Dental
Tahun 2-4


USD
RM
USD
RM

MOU
Al-Azhar
2,000.00
6,403.00
8,000.00
25,614.00/ tahun
Alexandaria
8,000.00
25,614.00
8,000.00
25,614.00/ tahun
Mansurah
8,000.00
25,614.00
8,000.00
25,614.00/ tahun
Tanta
8,000.00
25,614.00
8,000.00
25,614.00/ tahun

iii) Farmasi
Program
Universiti
Tahun 1
Tahun 2-5


USD
RM
USD
RM
MOU
Zaqaziq
5,000.00
8,018.00
5,000.00
16,009.00/ tahun
Mansurah
8,000.00
25,614.00
8,000.00
25,614.00/ tahun
Alexandaria
8,000.00
25,614.00
8,000.00
25,614.00/ tahun 


b) Yuran Program G2G (Perubatan,Pergigian,Farmasi) 
Manakala, yuran program G2G adalah lebih murah dengan total 10,500 GBP (RM 75,000) untuk 6 tahun pengajian.  
     
Program
Universiti
Tamhidi
Tahun1
Tahun 2-6


GBP
RM
GBP
RM
GBP
RM


G To G
Azhar
3,000.00
14,963.00
1500.00
7,482.00
1500.00

7,482.00/ tahun

Kaherah
Tiada
3,000.00
14,963.00
1500.00
Ain Syams
3,000.00
1500.00
Alexandaria
3,000.00
1500.00
Mansourah
3,000.00
1500.00
Tanta
3,000.00
1500.00
Zaqaziq
3,000.00
1500.00

sumber: http://educationmalaysiaegypt.net/

2) Bahasa Pengantar
Kelas MoU menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar . Manakala kelas G2G, pensyarah menggunakan bahasa Arab Mesir Ammiyah (bahasa pasar) sebagai bahasa pengantar. Namun, kadang-kala terdapat pensyarah yang menggunakan bahasa Inggeris diselangi dengan bahasa Arab. 

3) Kelas Pengajian
Dalam kelas MoU, pelajar Malaysia ditempatkan dalam satu kelas yang sama. Pelajar Malaysia dalam kelas G2G belajar bersama pelajar Arab yang lain.

4) Lain-lain
Sistem MoU dan G2G, masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Contohnya:


MoU:

-Kelas sepenuhnya dalam bahasa Inggeris, pelajar lebih mudah untuk memahami pelajaran dan senang untuk berhubung dengan pensyarah jika ada perkara yang tidak faham semasa pembelajaran.
-Kebanyakkan pensyarah yang bertanggungjawab untuk pelajar MoU adalah terdiri daripada professor-professor hebat (phD) yang fasih berbahasa Inggeris (terutamanya yang mendapat kelulusan daripada luar negara.) Mereka sangat mengambil berat terhadap pelajar Malaysia.
-Mudah untuk apply kerana kuota kemasukkan yang tinggi.
-Urusan fail dan yuran dibantu oleh agen/JPA

G2G:
-Menggunakan bahasa Arab pasar dalam komunikasi, membolehkan pelajar lebih cepat belajar untuk berkomunikasi dalam bahasa ini.
-Kelas bersama pelajar Arab membuka peluang untuk pelajar Malaysia untuk lebih bergaul bersama mereka seterusnya melatih penguasaan bahasa dan cara hidup masyarakat Arab Mesir.
-Mudah semasa tahun klinikal kerana biasa bertutur dalam bahasa Arab.
-Oleh kerana pelbagai urusan (yuran, fail daftar pelajar) adalah di bawah kelolaaan pelajar sendiri, maka pelajar G2G lebih berpengalaman dalam urusan pejabat di universiti.
-Kuota adalah terhad, maka pelajar-pelajar yang melepasi syarat kemasukan universiti terbabit sahaja boleh melanjutkan pelajaran di sana.


Diharapkan penerangan ini sedikit sebanyak membantu dalam pemilihan kelas adik-adik semasa belajar di sini nanti. Sekian!~

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

- Copyright © MyMisr'13:HERE - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -