Posted by : admin Thursday 18 July 2013



7 hari menuju program MyMisr'13 : HERE. Bagaimana perasaan adik adik? Tidak sabar? Ataupun teruja? 

Baiklah. Untuk hari ini, mari kita ketahui serba sedikit mengenai Alexandria atau juga dikenali sebagai Iskandariah. 

Alexandria atau lebih popular disebut sebagai Alex dalam kalangan pelajar Malaysia di Mesir merupakan bandar kedua yang terbesar di Mesir ini. Merupakan sebuah bandar yang sangat penting dalam ekonomi Mesir kerana 80% hasil import dan eksport Mesir  berpusat di Alex ini. Alex juga mempunyai nama gelaran yang sangat menarik iaitu 'The Pearl of The Mediterranean'. Oleh sebab itu lah, jikalau adik adik melawat Alex, suasana di bandar itu lebih kepada Mediterranean berbanding kepada Timur Tengah itu sendiri. Malahan, adik adik akan berpeluang untuk melihat pantai pantai yang sangat cantik di sepanjang persisiran Alex ini. 

Di bandar Alex ini juga, terdapat penempatan pelajar Malaysia yang agak besar kerana Universiti Alexandria juga merupakan antara pilihan terkenal untuk para pelajar Malaysia menyambung pelajaran sama ada dalam bidang perubatan mahupun pergigian.   

Jikalau adik adik melawat Alex suatu hari nanti, antara tempat yang wajib untuk dilawati ialah Amphiltheater, Montaza Palace, Kom El Dikka, Mostafa Kamel, Quiat Bay dan juga Royal Jewelry Museum. Tempat tempat ini mempunyai banyak tinggalan sejarah dan sudah pasti, adik adik tidak ingin melepaskan peluang ini bukan?   

Selain itu, Alex juga dikenali dengan kesedapan aiskrim berperisa buah-buahannya. Rasa yang sangat unik dan begitu kuat rasa buah buahan itu merupakan sebab mengapa adik adik perlu membeli aiskrim ini. Untuk memperolehnya sangatlah mudah memandangkan kedai kedai yang menjual aiskrim ini sangatlah besar jumlahnya di Alex.   

Nak tahu lebih lanjut mengenai keistimewaan Alexandria ini? 

Temui kami di MyMisr'13 : HERE ! Daftar sekarang ! 

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

- Copyright © MyMisr'13:HERE - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -