Posted by : admin Monday 22 July 2013



4 days more! Cepat betul masa berlalu. Masa untuk kita bertemu semakin dekat :)

Baiklah, untuk Mari Kenali Mesir kali ini, jom kita tinjau serba sedikit mengenai pengangkutan awam yang terdapat di sana ok?

Ramsis Station atau dikenali sebagai Medan Ramsis, tidak lagi asing bagi mereka yang menetap di Mesir. Ini kerana medan Ramsis merupakan pusat perhubungan antara muhafazah yang terdapat di Mesir. Di sini terletaknya stesen metro, stesen bas dan juga stesen tremco. Kesemua ini merupakan pengangkutan awam yang popular selain daripada teksi.

Metro yang dimaksudkan di Mesir ini jika dibandingkang dengan sistem pengangkutan di Malaysia, ianya hampir sama dengan sistem KTM dan juga LRT. Metro sememangnya merupakan pilihan utama bagi mereka yang ingin mengelakkan kesesakan jalan raya di Mesir. Bukan itu sahaja, faktor tambang yang sangat murah juga memberi kesan mengapa ia sentiasa menjadi pilihan.

Tremco pula merupakan pengangkutan yang sentiasa dipilih sekiranya pelajar di sini ingin perjalan ke muhafazah lain dan juga jika ingin bergerak dalam satu kumpulan yang ramai. Tambang yang dikenakan juga tidaklah semahal tambang teksi. Bukan itu sahaja, tremco juga sering kali dijadikan sebagai pengangkutan untuk ke universiti bagi mereka yang tinggal agak jauh dari lokasi universiti.

Baiklah, untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sistem pengangkutan di Mesir, ayuh bersama sama dengan kami di MyMisr'13 : HERE!

Daftar sekarang sebelum pendaftaran ditutup!


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

- Copyright © MyMisr'13:HERE - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -