Posted by : admin Monday 22 July 2013


                                                      Ini Kusyairi. Makanan tradisi orang Mesir


Pejam celik pejam celik,tak disangka sangka, lagi 3 hari sebelum program MyMisr'13 ini akan diadakan.

Sebelum kita bertemu empat mata, jom kita ambik peluang ini untuk ketahui mengenai makanan pulak.

'Ya Allah, sedapnya buah strawberry ni, jus buah ni!'

Ayat di atas sentiasa lahir di mulut mulut mereka yang belajar di sini. Tidak mustahil untuk katakan bahawa Mesir sangat kaya dengan buah buahan yang segar lagi sedap. Pada musim sejuk, buah buahan dan sayur sayuran sangat la segar dan besar. Kadang kadang, geram dibuatnya melihat tahap kesegaran makanan ini semua. Dan juga banyak gerai yang menjual buah buahan ini. Pergi ke mana mana sahaja, pasti akan ketemu dengan gerai yang menjual anggur, strawberry, pisang, guava, peach dan bermacam macam jenis lagi .


Strawberi yang  banyak dan murah mudah didapati semasa musim sejuk


Berada di Mesir, perihal makanan yang halal bukan lagi satu perkara yang boleh memeningkan kepala. Umum mengetahui, sebagai negara Islam, ternyata ianya satu bonus bagi mereka yang berkunjung ke sini! Bukan itu sahaja, makanan di sini senang juga diperoleh kerana hampir di setiap jalan raya, anda akan menemui kedai yang menjual pelbagai jenis makanan seperti kushairi, makarona bi lahma ( makarona daging), fatirah (macam roti canai) dan juga mahalabiyah ( kat Malaysia, kita panggil dadih), tokmiah, hawawsyi (macam murtabak!) dan juga aruz billaban. 

Aruz billaban? Ape tu? Makanan ni sangat unik. Kenapa? Sebab ia adalah nasi yang direbus bersama susu dan gula kemudian diletakkan dalam bekas dan dipamerkan di kedai yang menjualnya. Sangat enak untuk dimakan bersama kawan kawan dan di musim panas.:)


Tarikan lain yang menarik di bumi Mesir ini ialah aiskrim. Dan Alex merupakan lokasi yang sangat terkenal dengan kesedapan aiskrim berperisa buah-buahannya. Rasa yang sangat unik dan begitu kuat rasa buah buahan itu merupakan sebab mengapa adik adik perlu membeli aiskrim ini. Untuk memperolehnya sangatlah mudah memandangkan kedai kedai yang menjual aiskrim ini sangatlah besar jumlahnya di Alex.

Ok adik adik. Kalau semuanya kita bincang di sini, pasti tak seronok mana kan? Oleh itu, jom bersama sama dengan kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai makanan di Mesir!

Jom daftar!



                                                    Tokmiah atau juga dikenali sebagai falafel.

{ 1 comments ... read them below or add one }

  1. Terimakasih Artikel Mari Kenali Mesir : Makanan nya sangat bagus dan membantu sekali, semoga sukses selalu yaa .. Aamiin
    Salam Kue Kering Coklat

    ReplyDelete

Popular Post

- Copyright © MyMisr'13:HERE - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -