Posted by : admin Tuesday 18 June 2013



Pengenalan 

IKRAM Mesir adalah sebuah institusi mahasiswa Malaysia di Mesir yang ditubuhkan atas kesedaran mengarus perdanakan dakwah dan tarbiah dalam kalangan pelajar Malaysia di Mesir. Puluhan tahun telah kian berlalu, pelajar-pelajar Malaysia di Mesir yang terkesan dengan dakwah dan tarbiah ini di bumi Mesir kini menjadi tokoh masyarakat dan terus menggerakkan dakwah dan tarbiah di Malaysia. Pada 28 April 2012, barulah IKRAM Mesir didaftarkan secara rasmi di bawah Education Malaysia Egypt (EME), Kedutaan Besar Malaysia di Mesir.


IKRAM Mesir begerak atas tiga paksi utama :
1 ) Paksi tarbiah dan pembangunan sahsiah
2 ) Paksi Dakwah 
3 ) Paksi kebajikan, kepedulian ummah dan kecemerlangan akademik


IKRAM Mesir berhasrat membentuk individu muslim yang seimbang dan cemerlang dari semua aspek dengan menjadikan aktiviti tarbiah sebagai teras utama gerakannya dan menjadikan dakwah kepada Islam sebagai medium untuk mencapai objektifnya. Ikram Mesir juga ingin membantu mewujudkan hubungan harmoni dan baik sesama warga pelajar Malaysia di Mesir dengan menjadikan Islam sebagai asas kepada perhubungan ini


Moto IKRAM Mesir 
“ Ukhuwwah Teras Kegemilangan “


Visi IKRAM Mesir
Melahirkan individu muslim yang beriltizam dengan Islam.   


Objektif IKRAM Mesir
1. Meningkatkan kecemerlangan ahli di sudut akademik, kebajikan dan sahsiah
2. Mempertingkatkan kefahaman Islam, ilmu syariah  dan profesionalisme di kalangan ahli 
3. Mewujudkan  hubungan dan kerjasama yang baik dengan semua pihak termasuk Kerajaan Mesir, Kedutaan Besar Malaysia, persatuan pelajar lain dan seluruh pelajar Malaysia dan pelajar antarabangsa di Mesir 
4. Menjaga imej negara Malaysia dan memperkenalkannya di peringkat antarabangsa


Aktiviti Yang Dijalankan
1. Aktiviti dakwah dan tarbiah

2. Aktiviti kecemerlangan akademik

3. Aktiviti Kebajikan , kepedulian ummah dan rekreasi





4. Perkongsian ilmu dan pengalaman melaui saluran media

5. Pembangunan remaja



IKRAM Mesir mengajak seluruh warga Malaysia di bumi Mesir bersama- sama berkongsi dan berkerjasama membangunkan aspek pembangunan sahsiah dan kesedaran dakwah serta kecemerlangan akademik warga Malaysia, khasnya pelajar- pelajar melalui berbagai program dan aktiviti yang dijalankan.

Mari sertai kami!

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

- Copyright © MyMisr'13:HERE - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -