Posted by : admin Thursday 27 June 2013

"Ala nak bawak apa je pergi Mesir ni...?"

"Eh, orang mesir ada jual serai tak? Tak kanlah tak makan padprik kot. 
Menangislah macam ni."

"Study kat sana exam guna sistem 4 flat ke?"

"Berapa lama baru boleh pandai cakap arab?"

"Kat sana tinggal di asrama ke rumah sewa? Makan macam mana pula? 
Kena beli ke tiap-tiap hari?"

..............................................................................................................

Haa..mesti soalan-soalan yang macam ni antara yang timbul dalam benak fikiran antum sebelum fly kan? Jangan risau! Kami sedia datang membantu! Jom datang program MyMisr!

Segala persoalan anda akan terjawab kerana kami menyediakan fasi-fasi yang berpengalaman tentang keadaan hidup di bumi Anbiya' ini dan bersedia untuk menjawab segala pertanyaan, dan juga berkongsi pengalaman dengan anda. Nak sambung study luar negara ni bukan senang, mujahadah kena tinggi. Maka, persiapan perlu RAPI, persediaan kena TINGGI, semangat kena INFINITI! Sebab itu adik-adik perlu ke program ini.

APA ITU MYMISR?

MyMisr adalah sebuah program pra-penerbangan khas untuk pelajar yang bakal menyambung pengajian ke bumi Mesir. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini bakal mengupas tentang pelbagai isu, dari pembentukan peribadi pelajar cemerlang, persiapan rohani dan jasmani untuk melangkah ke alam baru, sehinggalah ke isu umat khusunya Timur Tengah sebagai bekalan sepanjang perjalanan kehidupan di bumi rantauan. Di samping itu, pelbagai aktiviti dan permainan menarik akan dijalankan, dan lebih istimewa, MyMisr turut memperuntukkan sesi "From Senior to Junior" untuk membuka ruang kepada adik-adik menyedut secara live berkaitan dengan cara kehidupan dan pengalaman berada di Mesir.

Jadi tunggu apa lagi? Mari daftar segera. Ajak kawan-kawan dan sahabat handai yang anda kenali untuk turut serta, insyaAllah lagi berkat~

Jumpa di sana, adik-adik!

#InfoMesir: kalau org arab, dia cakap "meshi?" (ok ke?), kita kena jawab "kuwaiyis!" (baik!)

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

- Copyright © MyMisr'13:HERE - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -