Posted by : admin Sunday 21 July 2013

Assalamualaikum adik-adik :)


Dalam post kali ini, mari kita membincangkan tentang kos sara hidup bagi seorang pelajar perubatan di Mesir. Hidup di perantauan sememangnya tidak semudah di negara sendiri. Di sini, kita perlu belajar untuk merancang kewangan kita agar duit yang dibekalkan tidak dibazirkan begitu sahaja. Ini adalah kerana banyak lagi keperluan yang boleh diperoleh melalui duit-duit tersebut.

Selain daripada itu, Allah juga telah berfirman,

“…Makan dan minumlah tapi jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.” [Al A'raaf :31]


Baiklah, secara kasarnya, perbelanjaan hidup di sini boleh dibahagi kepada 2 aspek:

A) Kos yuran pengajian (diterangkan dalam post sebelum ini)
B) Kos sara hidup: merangkumi,
     1-Kos sewa rumah
     2-Kos makanan/minuman
     3-Kos pakaian
     4-Kos pengangkutan
     5-Kos perubatan
     6-Kos buku

..............................................................................................................................

a) Sewa Rumah (termasuk api/air): LE 300.00 (RM 158.00)
Sekiranya Rumah Kerajaan Negeri: LE 45.00 (seorang) (RM 24.00)

b) Makan minum: LE 300.(RM 158.00)
Sekiranya makan berkongsi di rumah: LE 150.00 (RM 79.00)

c) Pengangkutan (Kebiasaannya naik tremco/van) : LE 150.(RM 79.00)

d) Perubatan (kecemasan): LE 100.(RM 52.00)

e) Buku Perubatan: LE 300.00 x 4 subjek = LE 1,200.00 setahun (RM 632.00)
(tidak termasuk buku rujukan tambahan)

f) Pakaian (musim sejuk): LE 300 setahun


*Perbelanjaan adalah variasi mengikut tempat dan harga barang semasa.
*Kos dikira secara bulanan/tahunan

...................................................................................................................................

Maklumat Tambahan

Jadi, rumusan anggaran perbelanjaan bagi seorang pelajar ialah;

i) Jika di bandar besar (Kaherah, Alexandaria)   = LE 800.00 /bln
ii) Jika di daerah (Mansurah,Zaqaziq,Tanta)  = LE 500.00 /bln

Nota:

Kadar Pertukaran Wang pada bulan Jun 2013 adalah seperti berikut:

1 USD = RM 3.17/ 7.02 LE
1 GBP = RM 4.85/ 10.71 LE
1 EGP (LE) = RM 0.45


(sumber maklumat diatas, dan diolah sedikit: http://educationmalaysiaegypt.net/)

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

- Copyright © MyMisr'13:HERE - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -