Update: Senarai Barang Keperluan Pesrta


Assalamualaikum adik-adik. Esok ialah program MyMisr'13:HERE! Tak sabarnya! Jangan lupa terus update bersama kami dan  datang sebelum pukul 3 petang esok ya di SMI Al-Amin Bangi!

Berikut adalah senarai keperluan program yang perlu adik bawa:

Ikhwah:
1. AlQuran dan ma'tsurat terjemahan
2. Alat tulis dan buku nota
3. Baju menutup aurat
4. Pakaian riadah
4. Keperluan mandi
5. Selimut
6. Alat tulis (pen, pensil)

Akhawat:
1. Keperluan solat (telekung)
2. AlQuran dan ma'tsurat terjemahan
3. Alat tulis dan buku nota
4. Baju menutup aurat (baju kurung, Tshirt labuh)
5. Pakaian riadah
5. Keperluan mandi
6. Selimut
7. Alat tulis (pen, pensil)

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh tinggalkan soalan adik di ruangan komen di bawah, atau boleh terus email kami di mymisr13@gmail.com
Wednesday 24 July 2013
Posted by admin

Update : Senarai Nama Peserta





      Bismillahirahmanirahim. Berikut merupakan nama peserta MyMisr'13 : HERE! Tahniah kerana adik adik merupakan antara mereka yang dipilih oleh Allah untuk bersama sama dalam program ini. Jangan lupa lihat post barang keperluan untuk ketahui apakah barang yang perlu adik adik bawa.

1.   Abdul Mustaqim bin Mohd Khalil
2.   Aini Nadhirah bt Hashim
3.   Ahmad Ghazi Bin Mohd Khayat
4.   Ahmad Irfan Bin Aminuddin
5.   Aiman Yusof Bin Yaakob
6.   Aisyah Atarek Kamil
7.   Amir Nafhan Bin Abdul Ghaffar
8.   Ashraf Bin Norizan
9.   Athiqah Binti Mohd
10.  Farah Syahirah Binti Omar
11.  Fatimah Insyirah Bt Amir Feisal
12.  Firdaus Bin Fakri
13.  Haifa Nasuha Mohd Nazlan
14.  Hanani Bin Amirul Faizi
15.  Husna Nabilah Binti Farid
16.  Masyithah Binti Ahmad Zaidi
17.  Mohamad Kamal Azam Bin Nor Azlan
18.  Mohamad Rasydan Bin Norizan
19.  Mohd Norakmaal Hakimi Bin Noordin
20.  Muhaimin Azfar Bin Rozmi
21.  Muhammad Farhan Bin Ahmad
22.  Muhammad Haikal Bin Yusof
23.  Muhammad Haziq Bin Mohd Idris
24.  Muhammad Helmey Bin Abdul Haris
25.  Muhammad Nu'aiman Bin M. Afanddi
26.  Najwah Bt Asbollah
27.  Nazhim Bin Noor Zaidi
28.  Nik Muhammad Haikal Bin Nik Soh
29.  Nik Nur Amalina Bt Nik Mazli
30.  Nor Shafini Binti Jamaludin
31.  Nur Fadhlin Binti Mohd Jamil
32.  Nur Farahana Binti Mohd Fadzli
33.  Nur Huda Aqilah Saidan
34.  Nur Illi Liyana Binti Mohd Nor Yusri
35.  Nurul Iman Binti Abdullah
36.  Nur Iman Binti Zulkipli
37.  Nur Salam Bin Abdullah Sani
38.  Nurul Azhani Binti Azhar
39.  Nurul Fatimah Binti Ramli
40.  Nurul Izzati Hanafi
41.  Nurul Shafiqah Hamzah
42.  Siti Farah Noraisah Binti Hussin
43.  Siti Nurfatini Binti Alias
44.  Ummi Solehah Bt Khairul Anwar
45.  Wan Ahmad 'Arif Wan Ahmad Nizar
46.  Zarrin Bin Zainal Abid
47. Siti Nuratikah Nadrah Binti Mohd Nordzie
48. 'Ain Najihah Bukhari
49. Fatin Nabilah Binti Mohd Radzuan
50. Ahmad Irfan Bin Mohd Sha'rani
51. Suhaib Bin Azalan
52. Nurul Nazifa Azmi
53. Khairunnisa binti Noor Azli
54. Nur Syamimi binti Yacob
55. Nusaibah bt Zohan \





Nantikan hari Jumaat ini! 

Update: Pengangkutan ke SMI Al-Amin, Bangi



Assalamualaikum adik-adik!

Alfu mabruk diucapkan kepada adik-adik yang terpilih untuk ke MyMisr'13:HERE!

Tentang pengangkutan ke SMI Al-Amin, Bangi, ia pernah diterangkan dalam post venue sebelum ini (link di bawah):
http://mymisregypt.blogspot.com/2013/06/venue.html

Adik-adik boleh akses ke Bangi melalui cara yang berikut:
1) KTM UKM
2) Stesen bas Kajang Sentral 

* Melalui KTM UKM, para peserta boleh berjalan kaki untuk sampai ke SMI Al - Amin 

*Melalui Kajang Sentral, pihak urus setia akan menguruskan pengangkutan dari Kajang Sentral ke SMI Al - Amin 

*Alternatif lain untuk ke Kajang sentral adalah menggunakan bas straight dari Pasar Seni - Kajang Sentral ( RapidKL U40 )


Daripada Kajang Sentral ke SMI Al-Amin
Seperti yang dinyatakan di atas, pihak urus setia akan menguruskan pengangkutan dari Kajang Sentral ke SMI Al-Amin. Bagi adik-adik yang ingin mendapatkan khidmat ini, sila maklumkan kepada kami melalui email atau hubungi kami melalui nombor-nombor yang berikut untuk memudahkan urusan:

Ikhwah: 
Akh Marwan (PERUBATAN) = +60129550786
Akh Aiman (DIRASAT) = +60132742926
       
Akhawat: 
Ukht Hajar Nawawi (PERUBATAN) = +60139607102
Ukht Aliya Adzlan (DIRASAT) = +60127827714

Untuk lebih mempercepatkan pergerakan, kami mencadangkan adik-adik untuk tiba di Kajang Sentral selewatnya sebelum jam 2.30 petang.

Sebarang persoalan boleh kemukan kepada kami melalui ruangan komen di bawah, ataupun melalui email rasmi kami, mymisr13@gmail.com


Jumpa di sana!


Tuesday 23 July 2013
Posted by admin

Update: Registration is now CLOSED!


Pendaftaran MyMisr'13:HERE! kini ditutup.
Tahniah kepada peserta yang berjaya mendaftar.

Jumpa anda semua Jumaat ini! Teruskan update bersama kami di blog http://mymisregypt.blogspot.com untuk sebarang maklumat tambahan terbaru!

Posted by admin

MOU dan G2G

Assalamualaikum adik-adik!

Untuk mereka yang hendak ke Mesir, pasti anda pernah terdengar perkataan G2G dan MOU sama ada semasa dalam proses pemilihan universiti mahupun daripada mulut senior-senior yang pernah belajar di sini. Apa itu G2G dan MOU? Dan apa kaitannya dengan sistem pembelajaran universiti di Mesir? Mari kita lihat dalam penerangan di bawah.




Program pengajian di Mesir (untuk kuliah perubatan, pergigian dan farmasi) terbahagi kepada dua (2) iaitu;


i) Memorandum of Understanding (MOU)
Sistem yang mula diperkenalkan pada tahun 2006 hasil perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan Universiti di Mesir. Melalui perjanjian ini, pelajar-pelajar Malaysia diberi keistimewaan khas untuk ditempatkan dalam satu kelas yang sama dan bahasa pengantaraan kuliah adalah bahasa Inggeris.


ii) Government to Government (G2G)
Program yang telah termetrai antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Mesir. Sistem ini adalah sistem pembelajaran yang digunakan oleh pelajar-pelajar Mesir sendiri.


Kedua-dua sistem ini ditawarkan di kebanyakkan universiti di Mesir. Namun demikian, kedua-dua sistem ini terdapat banyak perbezaan daripada segi yuran dan pengurusan.




1) Yuran
Yuran pengajian perubatan dalam kelas MoU adalah lebih mahal daripada kelas G2G dengan jumlah USD 48,000 (RM 152,000) untuk keseluruhan 6 tahun pengajian. Mengikut Pekeliling Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Mesir, setiap tahun yuran pengajian adalah sebanyak USD 8,000.00 bagi program MOU, walau bagaimanapun universiti diberi penghakupayaan bagi menentukan harga yuran masing-masing khususnya di Tahun 1.



a) Yuran Program MOU
i) Perubatan
Program
Universiti
Tahun 1
Tahun 2-6


USD
RM
USD
RM


MOU
Azhar
2,000.00
6,403.00
8,000.00
25,614.00/ tahun
Zaqaziq
2,000.00
6,403.00
8,000.00
25,614.00/ tahun
Mansurah
2,000.00
6,403.00
9,200.00
29,456.00/ tahun
Tanta
2,000.00
6,403.00
9,200.00
29,456.00/ tahun

Tahun 1-6
Kaherah
8,000.00
25,614.00/ tahun
Ain Syams
8,000.00
25,614.00/ tahun
Alexandaria
8,000.00
25,614.00/ tahun

ii) Pergigian
Program
Universiti
Pre-Dental
Tahun 2-4


USD
RM
USD
RM

MOU
Al-Azhar
2,000.00
6,403.00
8,000.00
25,614.00/ tahun
Alexandaria
8,000.00
25,614.00
8,000.00
25,614.00/ tahun
Mansurah
8,000.00
25,614.00
8,000.00
25,614.00/ tahun
Tanta
8,000.00
25,614.00
8,000.00
25,614.00/ tahun

iii) Farmasi
Program
Universiti
Tahun 1
Tahun 2-5


USD
RM
USD
RM
MOU
Zaqaziq
5,000.00
8,018.00
5,000.00
16,009.00/ tahun
Mansurah
8,000.00
25,614.00
8,000.00
25,614.00/ tahun
Alexandaria
8,000.00
25,614.00
8,000.00
25,614.00/ tahun 


b) Yuran Program G2G (Perubatan,Pergigian,Farmasi) 
Manakala, yuran program G2G adalah lebih murah dengan total 10,500 GBP (RM 75,000) untuk 6 tahun pengajian.  
     
Program
Universiti
Tamhidi
Tahun1
Tahun 2-6


GBP
RM
GBP
RM
GBP
RM


G To G
Azhar
3,000.00
14,963.00
1500.00
7,482.00
1500.00

7,482.00/ tahun

Kaherah
Tiada
3,000.00
14,963.00
1500.00
Ain Syams
3,000.00
1500.00
Alexandaria
3,000.00
1500.00
Mansourah
3,000.00
1500.00
Tanta
3,000.00
1500.00
Zaqaziq
3,000.00
1500.00

sumber: http://educationmalaysiaegypt.net/

2) Bahasa Pengantar
Kelas MoU menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar . Manakala kelas G2G, pensyarah menggunakan bahasa Arab Mesir Ammiyah (bahasa pasar) sebagai bahasa pengantar. Namun, kadang-kala terdapat pensyarah yang menggunakan bahasa Inggeris diselangi dengan bahasa Arab. 

3) Kelas Pengajian
Dalam kelas MoU, pelajar Malaysia ditempatkan dalam satu kelas yang sama. Pelajar Malaysia dalam kelas G2G belajar bersama pelajar Arab yang lain.

4) Lain-lain
Sistem MoU dan G2G, masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Contohnya:


MoU:

-Kelas sepenuhnya dalam bahasa Inggeris, pelajar lebih mudah untuk memahami pelajaran dan senang untuk berhubung dengan pensyarah jika ada perkara yang tidak faham semasa pembelajaran.
-Kebanyakkan pensyarah yang bertanggungjawab untuk pelajar MoU adalah terdiri daripada professor-professor hebat (phD) yang fasih berbahasa Inggeris (terutamanya yang mendapat kelulusan daripada luar negara.) Mereka sangat mengambil berat terhadap pelajar Malaysia.
-Mudah untuk apply kerana kuota kemasukkan yang tinggi.
-Urusan fail dan yuran dibantu oleh agen/JPA

G2G:
-Menggunakan bahasa Arab pasar dalam komunikasi, membolehkan pelajar lebih cepat belajar untuk berkomunikasi dalam bahasa ini.
-Kelas bersama pelajar Arab membuka peluang untuk pelajar Malaysia untuk lebih bergaul bersama mereka seterusnya melatih penguasaan bahasa dan cara hidup masyarakat Arab Mesir.
-Mudah semasa tahun klinikal kerana biasa bertutur dalam bahasa Arab.
-Oleh kerana pelbagai urusan (yuran, fail daftar pelajar) adalah di bawah kelolaaan pelajar sendiri, maka pelajar G2G lebih berpengalaman dalam urusan pejabat di universiti.
-Kuota adalah terhad, maka pelajar-pelajar yang melepasi syarat kemasukan universiti terbabit sahaja boleh melanjutkan pelajaran di sana.


Diharapkan penerangan ini sedikit sebanyak membantu dalam pemilihan kelas adik-adik semasa belajar di sini nanti. Sekian!~
Posted by admin

Mari Kenali Mesir : Makanan


                                                      Ini Kusyairi. Makanan tradisi orang Mesir


Pejam celik pejam celik,tak disangka sangka, lagi 3 hari sebelum program MyMisr'13 ini akan diadakan.

Sebelum kita bertemu empat mata, jom kita ambik peluang ini untuk ketahui mengenai makanan pulak.

'Ya Allah, sedapnya buah strawberry ni, jus buah ni!'

Ayat di atas sentiasa lahir di mulut mulut mereka yang belajar di sini. Tidak mustahil untuk katakan bahawa Mesir sangat kaya dengan buah buahan yang segar lagi sedap. Pada musim sejuk, buah buahan dan sayur sayuran sangat la segar dan besar. Kadang kadang, geram dibuatnya melihat tahap kesegaran makanan ini semua. Dan juga banyak gerai yang menjual buah buahan ini. Pergi ke mana mana sahaja, pasti akan ketemu dengan gerai yang menjual anggur, strawberry, pisang, guava, peach dan bermacam macam jenis lagi .


Strawberi yang  banyak dan murah mudah didapati semasa musim sejuk


Berada di Mesir, perihal makanan yang halal bukan lagi satu perkara yang boleh memeningkan kepala. Umum mengetahui, sebagai negara Islam, ternyata ianya satu bonus bagi mereka yang berkunjung ke sini! Bukan itu sahaja, makanan di sini senang juga diperoleh kerana hampir di setiap jalan raya, anda akan menemui kedai yang menjual pelbagai jenis makanan seperti kushairi, makarona bi lahma ( makarona daging), fatirah (macam roti canai) dan juga mahalabiyah ( kat Malaysia, kita panggil dadih), tokmiah, hawawsyi (macam murtabak!) dan juga aruz billaban. 

Aruz billaban? Ape tu? Makanan ni sangat unik. Kenapa? Sebab ia adalah nasi yang direbus bersama susu dan gula kemudian diletakkan dalam bekas dan dipamerkan di kedai yang menjualnya. Sangat enak untuk dimakan bersama kawan kawan dan di musim panas.:)


Tarikan lain yang menarik di bumi Mesir ini ialah aiskrim. Dan Alex merupakan lokasi yang sangat terkenal dengan kesedapan aiskrim berperisa buah-buahannya. Rasa yang sangat unik dan begitu kuat rasa buah buahan itu merupakan sebab mengapa adik adik perlu membeli aiskrim ini. Untuk memperolehnya sangatlah mudah memandangkan kedai kedai yang menjual aiskrim ini sangatlah besar jumlahnya di Alex.

Ok adik adik. Kalau semuanya kita bincang di sini, pasti tak seronok mana kan? Oleh itu, jom bersama sama dengan kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai makanan di Mesir!

Jom daftar!



                                                    Tokmiah atau juga dikenali sebagai falafel.

Monday 22 July 2013
Posted by admin

Update: Registration




Assalamualaikum adik-adik.

Berkenaan dengan pendaftaran, insyaAllah pendaftaran untuk MyMisr'13:HERE akan DITUTUP pada:


Hari Selasa, 23 Julai 2013
Jam: tepat 12.00 Tengah Malam



Jadi, bagi mereka yang berminat, sila daftar segera sebelum terlambat melalui link ini:
http://mymisregypt.blogspot.com/2013/06/registeration.html

Dan jangan lupa ajak kawan-kawan lain untuk turut serta dalam perkongsian ini!


Jumpa di sana!

MyMisr'13:HERE
Hero is Reaching Egypt
Posted by admin

Mari Kenali Mesir : Sistem Pengangkutan



4 days more! Cepat betul masa berlalu. Masa untuk kita bertemu semakin dekat :)

Baiklah, untuk Mari Kenali Mesir kali ini, jom kita tinjau serba sedikit mengenai pengangkutan awam yang terdapat di sana ok?

Ramsis Station atau dikenali sebagai Medan Ramsis, tidak lagi asing bagi mereka yang menetap di Mesir. Ini kerana medan Ramsis merupakan pusat perhubungan antara muhafazah yang terdapat di Mesir. Di sini terletaknya stesen metro, stesen bas dan juga stesen tremco. Kesemua ini merupakan pengangkutan awam yang popular selain daripada teksi.

Metro yang dimaksudkan di Mesir ini jika dibandingkang dengan sistem pengangkutan di Malaysia, ianya hampir sama dengan sistem KTM dan juga LRT. Metro sememangnya merupakan pilihan utama bagi mereka yang ingin mengelakkan kesesakan jalan raya di Mesir. Bukan itu sahaja, faktor tambang yang sangat murah juga memberi kesan mengapa ia sentiasa menjadi pilihan.

Tremco pula merupakan pengangkutan yang sentiasa dipilih sekiranya pelajar di sini ingin perjalan ke muhafazah lain dan juga jika ingin bergerak dalam satu kumpulan yang ramai. Tambang yang dikenakan juga tidaklah semahal tambang teksi. Bukan itu sahaja, tremco juga sering kali dijadikan sebagai pengangkutan untuk ke universiti bagi mereka yang tinggal agak jauh dari lokasi universiti.

Baiklah, untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sistem pengangkutan di Mesir, ayuh bersama sama dengan kami di MyMisr'13 : HERE!

Daftar sekarang sebelum pendaftaran ditutup!


MyMisr'13: HERE



Khas kepada mereka yang ingin menyambung pelajaran ke bumi Mesir tidak kira dalam bidang perubatan atau pengajian Islam. 

Temui anda di MyMisr'13 : HERE (Hero is Reaching Egypt )

Sebuah program pre-departure yang komprehensif dan kolektif memuatkan pelbagai aktiviti menarik di samping pelbagai penerangan dan perkongsian info berdasarkan pengalaman hidup di bumi anbiya'. Mari sertai kami!

Tarikh : 26-28 Julai 2013
Tempat : Sekolah Menengah Islam Al-Amin Bangi, Selangor Darul Ehsan
Yuran : PERCUMA !

Untuk urusan pendaftaran sila ke : http://bit.ly/1bLjw9r

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila layari : http://mymisregypt.blogspot.com/

Atau hubungi :

Akh Marwan : +60129550786
Akh Aiman : +60132742926 

Ukht Hajar : +60139607102
Ukht Aliya : +60127827714

Sebarkan kepada Junior-junior, kawan-kawan dan saudara mara anda ! 
Mari bersama menjadi HERO!

Popular Post

- Copyright © MyMisr'13:HERE - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -